Tuesday, December 8, 2009

Menyelam ke alam filsafat amat memeningkan kepala. Bergelumang dengan dunia mitos dan fantasi di awal bermulanya filsafat sehinggalah ke alam realiti hari ini. Tidak pernah aku bermimpi untuk mempelajarinya sehinggalah aku melangkahkan kaki untuk menyambung pelajaranku di Indonesia, dalam Jurusan Bimbingan dan Penyusluhan Islam Fakulti Dakwah dan ilmu Komunikasi.

Dalam ilmu filsafat ini aku berkenalan dengan :

Thales
Heraclitus
Parmanides
Zeno
Protagras
Socrates
Plato
Descartes
dan ramai lagi.

Dalam Fiqh As-sirah karangan Dr Ramadhan Al-Buti ada menyebut, sebelum Islam tumbuh di Jazirah Arab telah berkembang alam pemikiran manusia di timur dan barat. Parsi telah di kaburi dengan kemewahan, Romawi pula dengan penganut ajaran Kristien sibuk dengan perluasan kawasan untuk menjajah dan seterusnya menyebarkan ajaran agama Krisien. Tinggal lagi Greek yang tenggelam dalam dunia dongeng, mitos dengan mengagungkan akal semata-mata. Prof Hassan An-Nadawi pula menyebut bahawa di India telah berlaku kemerosotan dalam agama, akidah dan masyarakat. Semua ini gara-gara akal yang di rajakan tanpa suluhan wahyu.

Psikologi
Kami juga di dedahkan dengan ilmu psikologi, ilmu yang berkaitan dengan jiwa. Bermulanya ilmu psikologi apabila berkembangnya ilmu filsafat. Ilmu itu terus berkembang sejajar dengan pekembangan pemikiran manusia untuk memuaskan nafsu ingin tahu yang begitu kuat dalam diri manusia. Ilmu itu cahaya kepada manusia untuk menerangi hakikat sebenar kehidupan manusia. Akal di gerakkan untuk berfikir dan wahyu sebagai penanda aras. Psikologi mengkaji mengenai kepribadian manusia, tingkah laku dan perbuatan manusia. Tingkah laku manusia adalah menifestasi dari dalam jiwa manusia.

Pengalaman disini memberikan sesuatu yang berharga. Cukup hanya sekadar catatan pendek untuk menyatakan khabar orang disini. Walaupun dimana kita berada tapi masih boleh bersua di laman maya ini. Hasil pemikiran orang dahulu untuk kesenangan cucu-cicitnya, tapi janganlah pula disebabkan kesenangan itu manusia lupa asal-usulnya.

Muhammad Redzwan Bin Abdul Aziz
UIN-SUSKA RIAU
081933671186 / 0132002178

Wednesday, November 25, 2009

Aku masih bernyawa

SELMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430H,
"TERUJI PENGORBANAN SEBENAR"



Sunday, November 1, 2009

Hari suai kenal

Di hadapan Bangunan Baru Konsulat Malaysia.


1 November 2009, Ahad :

Orientasi untuk pelajar baru. Hari ini aku dan dan sahabat-sahabatku yang baru menyambung pelajaran di sini di ‘orientasi’kan. Bahasa yang popular digunakan ialah suai kenal, walaupun sudah dua bulan kami di sini. Kebiasaannya lagi benda ni di buat selama seminggu akan tetapi atas sebab-sebab tertentu jadilah sehari.

Ada orang suka dan ada orang tidak berapa menyukainya. Itu terpulang kepada individu tersebut.

Apa yang aku dapat hari ini ?

Penambahan ilmu pengetahuan mengenai Kementerian Luar negeri.

Perancangan Amerika Syarikat dalam meluaskan kuasa.

Keadaan struktur Provinsi Riau.

Kajian politik dan perkembanganya di Malaysia.

Dan bermacam-macam lagi.

Budak DQ beraksi

Seperti biasa, ada orientasi maka adalah modul. Modul uji minda, modul mengorek potensi diri dan modul mengeluarkan bakat yang terpendam. Hu,hu,hu,hu,hu

Zul dengan wibawanya sebagai ketua kumpulan. Zubir pula dengan responnya dalam modul yang telah dilaksanakan. Tidak ketinggalan pula Muhaimin dan Ridhuan dalam bakat lakonannya. Memang menggemparkan dan kalau ditayangkan di pawagam memang 'box's office punya.

Program sehari suntuk memang meletihkan tapi keletihan itu terubat tatkala mendapat input yang menarik dan lagi makan free. Save bajet makan hari ni :)

Untuk makluman sebelum terlupa, Zulfadhli sudah berpindah rumah hari ini. Pindah pun tak berapa jauh, hanya beberapa meter sahaja.



Hari ni orientasi pelajar baru di bangunan baru Konsulat Malaysia di Pekanbaru, Riau Indonesia.

"sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia (lain)"

Aku ingin bersahabat dengan semua manusia yang seakidah denganku walaupun aku tahu diriku ini hanya insan kerdil. Aku sedang mengembara mencari ilmu untuk membuang kejahilan yang membelenggu.

Rekonstruksi diri, lihat sejarah,bina peradaban

duwe87@yahoo.com / putra_dz@yahoo.com

Saturday, October 24, 2009

Posto-posto-posto


Alhamdulillah berjaya juga aku meng"update" blog ini. Hari ahad hari liburan di sini maka inilah masa yang sesuai. Minggu lepas minggu yang sangat menyesakkan kepala ini lantaran terkena "cultureshock", kerja dan tugasan jurusan yang bertimbun-timbun. Tapi bukan di sebabkan kejadian gempa bumi yang melanda Indonesia hari tu. Keadaan di sini masih selamat cuma sewaktu kejadian gempa bumi 30 September 2009 hari tu gegarannya tempias sampai ke Riau.

Tempat gegaran sejauh 5 KM dari Riau jadi keadaan di sini masih terkawal dan penduduk tempatan masih meneruskan aktiviti harian mereka. Selepas kejadian gempa hari tu juga ramai yang prihatin melancarkan tabung peduli gempa. Di mana-mana terdapatnya tabung.

Tapi ada yang terasa sangsi " ntah sampai ntah tidak duit tu"
katanya kalau nak menderma berilah pada organisasi yang betul-betul boleh di percayai

Majlis Hari Raya di bangunan baru Konsulat Malaysia

Bersempena dengan perpindahan bangunan baru konsulat Malaysia diadakan majlis hari raya bersama dengan pelajar2 lama dan baru. Di majlis inilah warga konsulat dan seluruh warga Malaysia berkumpul dan bertemu untuk menjalinkan lagi tali persaudaraan. Gambar kat atas tu ialah gambar kami geng DQ yang menyambung pelajaran di UIN-SUSKA. Walaupun dulu di DQ tak berapa rapat tapi di sini kami bersama dan akan terus bersama sampailah mendapat segulung ijazah. Terasa macanm satu "keluaga" plak.
'We are moeslem..we ride together..we fight together..' :)

Untuk memudahkan penyaluran maklumat, sanggup aku membeli broadband walaupun harganya mahal. Mahal asalkan berbaloi dan memudahkan kerja untuk mendapatkan maklumat.




Cukuplah sampai di sini dlu. Moga kita bisa ketemu lagi.........Walau jauh ukhuwah itu tetap utuh.
"sebaik2 manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia yang lain"
Terima kasih opah janda baik....dan alert07

Saturday, September 26, 2009

Warna-warni Hari Raya AMAL 2009













"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin"

Sunday, September 13, 2009

khazanah ilmu



Bingkisan dari Indonesia. Kitab-kitab yang dipermudahkan untuk orang islam memahaminya. Selama berada di sana, saya sempat mendapatkan bebrapa buah kitab yang telah di terjemahkan.

Tafsir Al-Quran 'by words' bersama asbabun nuzul oleh Dr. Ahmad Hatta, MA ( master agama ).




Di Indonesia harganya Rp 130,000 ( anggaran Rp 100,000= Rm 36 lebih ) tp dengar kata harga kat Malaysia dalam Rm 130. Kenapa boleh berlaku perbezaan harga yang sangat ketara ? : (

Awas ini bukan iklan untuk berjual-beli tapi untuk berkongsi. Dia orang buat itu semua untuk memudahkan rakyat memahami Al-Quran.Ada juga Al-Quran sekali dengan i'rabnya sekali. Tapi itu semua ada postif dan negatifnyakan ??

positif :
1 )Rakyat awam boleh memahami tafsir Al-Quran.
2 )+ lagi dengan sebab turun ayat.

negatif :
1 )mungkin boleh menyebabkan orang dah tak payah belajar Bahasa Arab dan akhirnya bahasa itu terkubur.
2 )Akan menyebabkan orang sudah malas untuk menyelongkar kitab2 asbabun nuzul yang lain

Namun begitu...

Setiap perkara ada baik dan buruknya. Jangan kita hanya nampak yang negatif semata-mata. Kenapa wujudnya 'tafsir Quran perkata' ini pasti ada sebabnya iaitu untuk memudahkan msyarakat awam untuk memahami isi kandungan Al-Quran walaubagaimana pun kita mesti mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Bahasa Arab bahasa ilmu kunci kepada semua ilmu maka kita wajar mempelajari Bahasa Arab.

Ilmu tidak datang bergolek tapi mesti dengan susah payah. Teringat pada Nik Faisal, kata Mukmin "ingat senang ke nak jadi macam dia". Iya memang betul payah tapi.....tapi itu tak mustahil. Perlu usaha, istiqamah dan tawakkal. Rasa kerdilnya saat ini jika nak dibandingkan dengan orang lain. Masa masih ada tapi tak banyak jadi usaha perlu lebih.

Jadi jom sematkan dalam hati ini untuk belajar dan terus belajar sampai ke liang lahad. Apa yang kita belajar amanah yang perlu disampaikan kepada masyarakat. Masyarakat terkapai-kapai adakah kita hanya akan tengok sahaja dari jauh ??

Fikir dan bertindak dari sekarang....wslm

Saturday, September 12, 2009

Amni dan Sufian



9 September 2009

Bertolak dari Bandara Pekanbaru, Riau tepat jam 8.45 pagi dan sampai di LCCT pukul 10.40. Seperti yang dijanjikan dan tanpa paksaan ada orang datang untuk menyambut kepulanganku satelah 'sebulan' berada di Indonesia. Mula-mula tu tak terfikir langsung pun, hanya sekadar mengajak untuk bertemu 2 ulama 'want to be'. Syed Amni dan Wan Sufian. Rakan sekelas, teman bergurau sahabat seperjuangan sewaktu 6 tahun berada di Maahad Muhammadi.

dan hari ini kami bertemu kembali...
kebetulan dia orang balik bercuti dan masa yang kosong kat malaysia ni mesti di manfaatkan.

Amni dengan 'trademark' hah caro dio. Badan maintain tak besar macam dulu dan Sufian Stay macho cam dulu.

1 malam kat rumah Sufian. Terima kasih kerana menaja berbuka puasa dan bersahur. Di situ aku mendapat satu motivasi tatkala melihat Tesis Ph.D Dr. Wan Hassan ayah kepada Sufian.

malam ke-2 bermalam di DQ. Walau sebulan meninggalkannya kenangan itu tidak boleh di musnahkan. Sebelum aku keluar hari tu, dah sebut kat usrah Hizz, jgn buat usrah wida'. Tiada usrah akhir bahkan kita akan teruskan sampai bila-bila. Masa yang ada amat terhad dan tidak boleh lama di situ. Alhamdulillah, sebelum berangkat sempat buat usrah dan juga sempat meninggalkan wasiat. Moga teruskan usaha dan doa. Kalau dah berjaya tu jangan lupakan kita pula.

Train lambat jadi tak berkesempatan jugalah berbuka di UIA bersama-sama sahabat di sana. Sorry mohon ampun dan maaf la yae Syukri dan Faris dan yang lain-lain.

malam ke-3 Umah Amni. Banyak juga la yang kami diskusikan. Bagaimana sahabat2 di Syria sehinggalah apa yang berlaku di Malaysia.Sempat juga bertemu Pak Syed ayah kepada Amni. Betul katanya Malaysia dan Indonesia macam adik dengan abang. Dari rumpun melau yang sama kenapa perlu bergaduh dan dalam masa yang sama boleh memberikan keuntungan pada orang lain.

Perancangan awal nak pergi ke Markaz Pas Taman Melewar, 12 hari bulan sebab ada Ceramah Perdana Badar Kubro. Ahli panel Tuan Presiden, Mat Sabu dan Ust Idris Ahmad tapi terpaksa di batalkan dan terus pulang ke Mersing





kemana kita pergi, mengembara dan bermusafir mencari ilmu, suatu hari nanti kita mesti bertemu untuk bersama dalam soff perjuangan.

" adakah agama akan menyusut sedangkan aku masih hidup??"

duwe.blogspot.com
duwe87@yahoo.com

Wednesday, September 9, 2009

KEMUNCAK masih segar dalam ingatan


Masjid Putih masih berdiri megah di situ. Terbentang luas di hadapannya tasik yang menyimpan khazanah misteri.Ada orang kata dalam tasik tu ada buaya dan banyak ikan dan dalam tasik ini juga pernah ada kereta..kereta wira Ust Abd Rahman terlajak masuk ke dalam tasik ini...opps terlepas cakap

Danau To' Uban, Masjid Putih masjid dan yang terlibat dengan OPERASI KEMUNCAK

Jiwa sentimental, Jiwa lembut dan apa-apa jiwa lagilah....

Biar apa pun orang nak kata itu terpulanglah sebab dia ada hak : ))


Disinilah pertama kali aku ditaklifkan menjadi Unit Disiplin. Berwatak tegas dan garang, tak boleh senyum dan yang sewaktu dengannya. Ish3 memang tidak selesa langsung tapi itulah pengajaran bermakna buatku dan kenangan manis buat peserta KEMUNCAK.


Tidak perlu mic, tidak perlu kipas kerana semuanya sudah lengkap dengan kelengkapan semulajadi.Senibinanya unik walaupun seringkas itu

Adik-adik masih lagi meneruskan kesinambungan KEMUNCAK. Teruskan usaha untuk membina kembali kekuatan itu.

Alumni KEMUNCAK 2003
boleh mailkan profile anda ke :
duwe87@yahoo.com
untuk kita kembali bergabung tenaga bersama adik2 mencari kekuatan
"pOwering the NeXt generationS" MML
salam ramadhan :'( dan nak pergi jauh masih belum terlambat...hari ini
"sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain"

Sunday, August 23, 2009

tentang periksa

Macam tahu-tahu je. Bila sampai bulan Ramadhan masa itu jugalah ‘perang’ bakal berlaku di DQ. Itu jugalah yang aku hadapi 3 tahun berturut-turut. Perang yang bersenjatan pen, buku-buku dan perlu mantapkan Al-Quran. Tahun ini juga mereka di sana sedang bertungkus-lumus berhempas-pulas dengan segala latihan dan persiapan sebelum menghadapi ‘perang' tersebut.

Tak di lupakan juga kepada nun di hujung Terengganu sana yang akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM.

21 Ogos 2009-4.00pm

Tit.tiiit.tit
Hp buruk ini berbunyi menandakan ‘message’ masuk

Duhai orang merantau…Doakan ana..Supaya dijaga dan dipandang Allah selalu…Tolong doakan sekarang untuk ana….Doa abang amat penting untuk ana..yang dalam kesedihan selalu

Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat,Bulan Mujahadah,Bulan Imtihan

22 Ogos 2009-11.06pm

Tit.tiiit.tit

Hp buruk ini berbunyi lagi…

….Doakan kejayaan ana. Target sekurang-kurangnya 3.4. Backup balik sem-sem lepas. Takut nak hadapi masa depan kalau fikirkan masa depan ni.

Teruskan usaha selagi masa masih ada. Saya sentiasa doakan antum semua dan kepada semua yang mengenali diri ini. Usaha+tawakkal=kejayaan.

redzwan aziz
universiti islam negeri sultan syarif kasim, riau ( uin-suska )
acer aspire3680

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan yang sama, tempat yang berbeza



Ramadhan kali ini aku berada di Indonesia. Cukup berbeza suasananya dengan tempat sendiri. Masih tidak dilupakan saat Ramadhan di DQ pasti berada dalam fatrah peperiksaan, 3 tahun berturut-turut. Menjalani ibadah puasa disamping bertungkus-lumus bergelumang dengan peperiksaan akhir semester.
Cukup mencabar.

Ramadhan di Kelantan

Cukup memberi kesan tatkala berada di bumi Kelantan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Pasti setiap tahun aku akan berada di Kota Bharu. Menikmati suasana Ramadhan yang luar biasa dan bisa menambahkan momentum amalan harian. Mana tidaknya suasana subuh di Masjid Muhammadi dan ramainya manusia memenuhi ruang masjid. Imam yang suaranya mirip imam Makkah, Ust Bari bin Abdullah.




Telah berlalu 1 Ramadhan pergi meninggalkan kita. Bagaimana amalan kelmarin ?

Sudah khatamkah juz 1 ?
Solat malam bagaimana ?
Solat berjamaah bagaimana ?
Apa yang telah aku buat untuk Islam hari ini ?

Semalam aku menantikan Ramadhan dengan bersungguh-sunggauh. Cuba fikir-fikirkan apa yang telah aku buat setelah 1 Ramadhan telah meniggalkan aku ???

2 Ramadhan muncul lalu apakah nasibnya pula……..sama dengan yang semalam ? masih belum terlambat…jadikan muhasabah sebagai rutin harian…..

Moga mencapai target RAMADHAN kali ini..


Di kesempatan ini hamba yang kerdik ini ingin mengucapkan terima kasih dan Ramadhan Kareem kepada semua yang menghantar "msg ramadhan" akan tetapi hamba tidak boleh me'replyz' kembali kerana enggak boleh pak. Kredit celcomnya pun kurang. Jadi di ruang maya inilah hamba sampaikan salam kembali.
to : adik2 di Maahad, Sahabat2 DQ 07. dan kepada sesape sahaja

redzwan87
UIN-SUSKA
Powering the nexT geneRatioNS..

Monday, August 17, 2009

seminggu di Indonesia



Kehidupan seharian yang meletihkan. Mula-mula aku sampai di Darul Quran aku teruja dengan keluasannya. Di dirikan Darul Quran di bawah naungan bukit dengan tasiknya yang indah begitu menawan. Pandangan itu masih tergambar di kotak pemikiran walaupun sekarang diri ini berada di Indonesia untuk beberapa ketika. Aku ingatkan episode cerita berjalan kaki sudah tamat di DQ rupa-rupanya di sini juga perlu berjalan berbatu-batu jauhnya. Bermulanya perjalanan jauh itu di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim 2 disambut oleh 2 orang kakak yang merupakan pimpinan pelajar. Sejurus selepas itu kami menaiki OPLET ( nama sejenis kenderaan unik he,he,he ) menuju ke pusat penempatan pelajar Malaysia. Ustaz Bakhtiar mengetuai rombongan kami. Bersama kami lagi pelajar-pelajar dari MADIWA yang turut sama akan menyambung pelajaran di UIN-SUSKA.

Jalan lagi ke mana-mana tempat untuk membuat urusan, seperti cop jari, melapor di university dan urusan-urusan lain. Allah sahaja yang tahu keletihan kami. Kata Muhaimin pula, “ nampak gayanya kurus la aku, hari ni dah hilang 2 kilogram” Zulfadhli pun sama.

Kakak yang selamber

Di kala orang tercungap-cungap menyedut oksigen+jerebu, 2 orang kakak yang bersama kami dengan selamber melangkah menuju destinasi . Dua orang kakak itulah yang akan membantu kami menyelesaikan urusan kami di sini. Hendak kemana-mana hanya dengan berjalan kaki. Kata Ust Bakhtiar “ tu tengok akak 2 orang tu, dulu masa ust hantar ke sini lain tapi sekarang dah kurus” ish ngerinya, nanpak gayanya tak lama lagi aku pun tinggal tulang. Apa yang yang mengkagumkan lagi dalam kedaan sekeliling yang penuh sosial dan tiada biah islamik, akak masih istiqamah berpurdah. Memang payah nak tengok orang pakai purdah kat sini. Kalau kat Malaysia tak taulah bagaimana.

Peristiwa yang tidak disangka

Dalam kesibukkan itu juga berlaku perkara yang tidak di ingini yang menimpa Fathi Yakan. Dia disahkan apendiks selepas dimasukkan ke hospital disini. Selepas berbincang maka keputusan dikeluarkan untuk Fathi Yakan menjalani pembedahan di Malaysia dan segala urusannya untuk pulang ke Malaysia diuruskan oleh pegawai di Konsulate Malaysia Riau. Kami pula membantu menguruskan pendaftaran Fathi di Indonesia. Moga fathi kuatkan semangat dan sentiasa dalam keadaan selamat.

canon 1100is
putra_dz@yahoo.com
islam is the way of life

Sunday, August 16, 2009

Usrah Ceria : ))

Monday, August 10, 2009

Iklim Baru Duniaku


selesainya majlis konvokesyen. Meriah sekali rasanya konvo kali ini sebab aku adalah salah seorang graduannya. Manis sekali kenangan itu namun sesekali tidak mampu untuk aku menahan masa yang berlalu. Membiarkan ia pergi namun parutnya masih ada hingga ke hari ini. Cerita gembira semalam di Telaga gau terimbas kembali, cukup memberi kesan sehinggalah aku menjadi aku hari ini.

Terima Kasih semua, yang utama buat ibu dan ayah. Tidak ada kalian maka tidak adalah aku berada di atas muka bumi ini. terima kasih juga buat teman-teman yang sentiasa bersama. Bermula di Maahad Muhammadi sampailah ke Darul Quran.

Aku tidak berkesempatan untuk memaklumkan kepada semua. Hari ini isnin dan hari ini juga aku berangkat ke Indonesia untuk misi mengembara versi luar negara. Apa yang ada di Indonesia ? pastinya itu yang akan di tanya walaupun persoalan berlapikkan senyuman : ))

sampai di sini dulu coretan pertama selepas beberapa jam berada di bumi LANCANG KUNING INI. Moga blog ini menjadi wasilah penyampai khabar berita untuk semua. Yahoo Group pun manfaatkan sekali.


SALAM JUANG. SALAM SAYANG . SALAM RINDU



putra_dz@yahoo.com
powering THE nExt Generation'S
0132002178

Tuesday, August 4, 2009

Tercabut juga akhirnya !!!

Aduh!!! sakit bukan kepalang. Sakit gigi datang lagi dan kedatangannya pasti meragut kebahagian hidup. Hilang satu nikmat. Nikmat itu terasa apabila ia pergi, dan mulalah aku menginsafi apa yang berlaku sebelumnya. Muhasabah untuk aku dan semua.

Ketika menunggu di Hospital Mersing untuk mencabut gigi....

" KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada penjaja dan peniaga di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bagi menuntut ganti rugi daripada penganjur demonstrasi membantah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) di sini Sabtu lalu. "

Umpama bulan jatuh ke riba BN dapat peluang,

Penganjur Demonstrasi membantah ( ISA )memobilasi rakyat seramai mungkin untuk menyatakan dengan SERIUS ISA wajar di hapuskan. Kuasa rakyat di zahirkan dengan himpunan aman tanpa merosakkan harta benda awam.

selepas itu....

Media keluar kenyataan,

" boleh tuntut ganti rugi dengan penganjur himpunan " boleh membuat pengaduan ke Biro Pengaduan Awam. Himpunan semalam telah menyebabkan kerugian yang besar maka wajar untuk menuntut ganti rugi. Kerajaan sedia membantu kepada rakyat yang menanggung kerugian dengan tolong bantu untuk minta ganti rugi.

Dua-dua memobilasi rakyat.

no 55 sila masuk,

akhirnya setelah lama menunggu nama ku dipanggil untuk dkerjakan oleh doktor-doktor di dalam. 2 jarum dicucuk ke dalam mulut. Rasa macam digigit semut. Lama jugalah nak proses untuk mencabut gigi ini sampaikan 2 orang doktor bertukar ganti. Katanya gigi ini tidak mahu keluar, keras sangat.

Alhamdulillah !!! akhirnya tercabut juga.
tapi sakit tidak terus hilang, masih berdenyut lagi urat-saraf ini. Harus cepat pulang untuk mengambil adik di sekolah. ok Moga Jumpa Lagi.

memBlog untuk menyatakan diri ini masih hidup, andai kata suatu hari nanti BLOG ini tak diupdate mungkin,kembara di bumi ini sudah berakhir.

Insan musafir berkelana mencari redha Ilahi, rebah, tersungkur di lereng-lereng kehidupan namun aku harus bangun menuju ke perbukitan ITU.

aceraspire3680 : )

Monday, August 3, 2009

semoga Berjaya JILUL 'ARIFIN MML09

"Selagi belum masuk dewan peperiksaan dan masih ada masa jadi kita kena gunakan sebaik mungkin" kata Ehsan kepadaku. Kata-katanya menyuntik semangat untuk meneruskan study pada malam itu.

Ehsan dengan portnya tersendiri

Mukmin...Saya dan yang lain-lain. Maklumlah esok imtihan. Itulah aktivti yang berlaku bilamana dalam fatrah menghadapi peperiksaan 3 yahun yang lepas.

Hari ini pula adik-adikku nun jauh di Kelantan sana sedang berhempas-pulas dengan peperiksaan ( Faiz pn termasuk juga ). Peperiksaan percubaan SPM 3 Ogos 2009

JADI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN !!! GUNAKAN MASA YANG ADA SEBAIK MUNGKIN SEMOGA BERJAYA, dah berjaya tu jangan lupakan saya pula ya.

Salam juang !! Salam Himpunan Mansuh ISA !!



aspire 3680

Sunday, August 2, 2009

hati-hati ISA

Apa lagi yang rakyat boleh buat untuk menyatakan 'TIDAK' kepada ISA ?

Tunjuk perasaan...

Protes..

atau dalam Pilihanraya ke-13

1 Ogos 2009 perginya adik saya untuk menyambung jihadyna di Indonesia, Universiti Sumatera Utara dalam bidang pengajian. Selamat Jalan, moga di Hari Raya nanti kita dapat ketemu lagi.

1 Ogos 2009 juga himpunan mansuh ISA berlangsung di Kuala Lumpur. Awal-awal lagi Polis mengeluarkan amaran 'JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM ITU'. PEWARIS yang dikatakan juga akan mengadakan perhimpunan tetiba membatalkannya dengan alasan menurut perintah. Kalau PEWARIS tidak membatalkan perhimpunan tu maka kita akan menyaksikan pertembungan 3 kuasa yang sudah tentu akan mengemparkan dunia.

Perhimpunan itu haram untuk disertai...polis tu macam mana pulak ?

Amaran Polis "tidak sesekali akan berlembut". walaupun dengan rakyat yang tidak bersenjata ke ?

Hari ini media elektronik melaporkan tunjuk perasaan semalam mencetuskan huru-hara. Sapa yang cetuskan huru-hara itu ?

Rakyat tak bersenjata.....berselerakkan tatkala disembur air dan gas..mencari tempat perlindungan yang selamat

aspire 3680

Thursday, July 30, 2009

memperigati hari palawan

Hari ini 31 Julai 2009. Tidak terlintas pun bahawa hari ini ialah hari pahlawan. Bila tengok berita pagi ini disiarkan bahawa hari ini hari pahlawan dan disiarkan juga upacara adat dan istiadat memperingati hari pahlawan. Pasti ada tiap-tiap tahun dan tahun ini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak pun ada. Majlis istiadat ini dilakukan dihadapan tugu Negara. Pelik jga bila difikirkan. Kenapa nak buat depan tugu ? nak tunjuk pada tugu tu ke ? tugu tu bahasa yang sedap didengar tapi kalau sebut itu patung, boleh ke memperingati patung ? kesin betul kepada orang yang terikut-ikut tanpa memahami maksud yang tersirat di sebaliknya. Boleh rujuk pautan ini.
nantikan esok pahlawan sebenar akan turun esok beramai-ramai dan di kepalai oleh panglima sendiri.

Wednesday, July 22, 2009

warna-warni muktamar lagi







Thursday, July 9, 2009

MENGEMBARA LAGI ( 2 )


Keletihan, namun kepuasan terasa menghambat kelesuan yang membelenggu diri. Saya telah berada di DQ selepas seminggu mengembara di bumi serambi Makkah itu.Banyak aktiviti yang mengisi pengembaraan itu. Bermula dengan Muktamar Asrama Maahad Muhammadi Lelaki. Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik-adik pimpinan yang telah menjayakan muktamar tersebut. Kalau dulu kami tidak sempat untuk memikirkan tentang muktamar malah mungkin tidak tahu bagaimana protokol sebuah muktamar. Alhamdulillah sekarang masa telah berubah dan zaman ini menuntut kepada perubahan. Terima kepada yang telah menjemput abg-abg yang lepas walaupun bertukar portfolio di saat akhir tanpa persediaan yang mantap.

Berada dalam Muktamar ini saya terasa bagaikan berada dalam muktamar sebuah pemimpin masa depan. Memang dia orang pun yang akan menjadi pemimpin masa depan. Teruskan perjuangan di Bumi Maahad saya dan abang-abang yang lain sentiasa menyokong di belakang andai kata memerlukan bantuan insyaAllah maklumkan sahaja kalau mampu dan terdaya kami akan laksanakan bersama.Para pimpinan berada dipentas bersama pengerusi tetap. Memang GRAND buat kat HOTEL MGU, tidur pun selesa juga.

nantikan kandid-kandid yang menarik di Muktamar Asrama Maahad Muhammadi
"PIMPINAN BERKALIBER TUNJANG KEBERKESANAN TARBIAH"

Tuesday, July 7, 2009

jual !! jual !!!

Ekonomi..oh ekonomi

Sejak di Maahad lagi saya bercita-cita nak jadi seorang ahli perniagaan. Pernah membuka gerai jualan ketika hari terbuka Maahad. Ketika itu saya, Ehsan Halim dan Abdul Mukmin Alias pegang usrah asrama jadi kami merancang untuk buka gerai dan kalau dapat untung bleh pergi rehlah. Jadi hari ni skali lagi nak jual. Tapi jualan kali ini lebih fleksibel. Iaitu menggunakan alam maya yang luas ini. Stakat ni benda yang dijual ialah kopiah. Kopiah ala kopiah haji deris…kopiah keras. Ada warna hitam dan putih manakala logonya pula bewarna oren keemasan. Jadi dengan ini saya melancarkan jualan kopiah ini…….

About This Blog

Lorem Ipsum

  © putra_dz@yahoo.com blogger www.duwe.blogspot.com 2009

KEMBALI