Tuesday, July 7, 2009

mengembara lagi !!!!

Pengembaraan bermula : 1 Julai 2009

Bermulanya di Stesen Bas Putra menaiki bas Mahligai menuju ke Rantau Panjang. Mungkin ini pengembaraan terakhir ke Kelantan sebelum saya pergi untuk menyambung pelajaran. Sebelum berpisah dengan Abang Awis sempat saya bergurau dengannya “ ana kena pergi ke Kelantan ni sebab Tok Guru Nik Aziz panggil”he,hehe….. siapa yang tidak kenal Abang Awis ? nama yang panas sejak dua menjak ni. Ketika dalam komuter dari Kuala Kubu Bharu ke Rawang saya menerima sms :
“ salam ..ana baru lps lwt Nabil Marwan( cjil gen 7) di hospital..sedih tgl keadaan nabil..x brapa stabil..nmpk kurus cekung..tapak tgn n kaki nampk bengkak..hati ngn organ dlmn m’bengkak n darah putih serta darah merah mkn b’krgn ..dr sndiri pun dag tau y pluang untuk dia survive sgt tipis..skrng ni phk hosptgh tunggu keadaan dia stabil sket untuk buat ultrasound..ana dgn rasa rendah diri merayu shbt2, adik2, kakak2, abg2 sume untuk sama2 buat slt hjt n m’doakan smga Nabil Marwan sembuh”
Dari cjil gen7…

Terimbau kenangan sewaktu bersamanya. Tersenyum dan seorang yang periang semasa di Darul Quran dulu. Kami pernah bekerja bersama dalam Biro Tarbiyyah I.Q.Rac. Entah kenapa tiba-tiba teringat kembali memori bersama Ammar Zul. Apa kena mengena Ammar dengan Nabil ? Owh, Nabil dan Ammar pernah bekerja dalam satu pasukan di bawah pimpinan saudara Lukmanuk Hakim sebagai pengerusi I.Q.Rac waktu itu. Seingat saya mereka pun dalam usrah yang sama dan kedua-duanya memang peramah memudahkan untuk bergaul dengan semua orang. Sifat yang perlu ada pada seorang pejuang Islam yang unggul.

Komuter sampai di Stesen Rawang…..

“ agak-agak ada lg tak tiket ke kb ni ?” desis hati kecilku. Alhamdulillah, sempat. Terima Kasih kerana tolong membelikan tiket. Moga Allah membalas jasanya itu. Komuter sampai di Stesen Putra lebih kurang pukul 8.45 malam. Selepas menyerahkan Fail, saya terus ke Stesen Bas Putra, jarum jam bergerak pantas. Saya perlu mendapatkan tiketnya dahulu sebelum di benarkan menaiki bas. Tepat jam 8.55 malam menaiki bas, Bas Mahligai, “ tak kisahlah bas apa pun asalkan esok sampai Rantau Panjang transit pertama sebelum ke Kota Bharu. Sebenarnya saya ke Kota Bharu untuk memenuhi jemputan adik-adik pimpinan sempena muktamar asrama kali pertama Smu ( A ) Maahad Muhammadi Lelaki dan perjumpaan kali yang terakhir sebelum menyambung pelajaran.

Rantau Panjang

Bas sampai lebih kurang pukul 4 pagi. Waaa takutnya, tempat asing lagi menggerunkan dan menyeramkan he,he,he. Bila la agaknya Abdullah bin Long ni nak sampai ? ( Pok Loh nama glamornya, penduduk asal Lubuk Gong bertubuh kecil tapi hebat berkata-kata, sahabat rapat semenjak di Maahad lagi ) Makan2 dulu, niatnya nak puasa. Selepas solat Subuh Pok Loh datang dengan Motornya. Cadangnya nak ke Kota Bharu bersama, maklumlah nak pergi sorang-sorang segan. Pukul 2 selepas solat Zohor kami bertolak dengan menaiki bas SKMK. Kalau di KL ada komuter tapi di Kelantan ni bas SKMK jadi pengangkutan utama.

Apa faedah ilmu ?

Sambil-sambil menunggu bas di Stesen Rantau Panjang sempat mata ini memerhati sekeliling. Sudah lama tak menjejakkan kaki di sini, banyak dah berubah. Suasana di stesen bas tu riuh-rendah. Bukan di sebabkan penduduk tempatan akan tetapi disebabkan oleh ‘makhluk asing’ mana ntah. Selidik punya selidik, rupa-rupanya budak-budak tu dari sebuah kolej. Tak pasti la pulak kolej apa. Budak kolej tapi nampak macam makhluk asing, kenapa ek ? Aneh sungguh bila di fikirkan. Rambutnya pebagai fesyen, seluar banyak jenis….macam mana yea nak buat ? Pening kepada den meikirkannya….perjalanan di teruskan ke destinasi seterusnya”KOTA BHARU”
……..bersambung

No comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © putra_dz@yahoo.com blogger www.duwe.blogspot.com 2009

KEMBALI