Saturday, January 31, 2009

chit-chat baru !!!!!

Salam juang buat sahabat2 semua. Sudah lama bebenor saya tidak mencoret dalam laman blog ini. Kekadang teringat juga untuk mengupdate post terbaru tetapi x kesampaian. Alhamdulillah hari ini rasa bersungguh-sungguh untuk menulis. Sekadar untuk memberitahu bahawa pemilik blog ini masih bernyawa dan berkongsi apa yang boleh di kongsi. Ketika saat saya menulis ini, isu Gaza di Palestine masih belum reda. Israel masih lagi melancarkan serangan secara kecil-kecilan walaupun di istiharkan genjatan senjata. Bila memikirkan isu Palestine rasa geram di hati ini. Mana perginya negara-negara Islam lain ? Hanya menyepi menjaga hal masing-masing. Senjata yang di miliki hanya menjadi alat pameran semata-mata. Bila berlangsungnya LIMA , semua senjata hebat-hebat di keluarkan. Ialah………….. seperti di katakana tadi alat pameran semata-mata… bila dah senjata itu sudah ketinggalan zaman maka mula lah nak tukar baru…. Jadi apa ke jadahnya semua ini ????

Belum habis lagi habis krisis Palestine ‘GAZA’ meletup pula isu yang agak panas di DQ….. tetiba timbul sesuatu dalam benak pemikiran ini… sama ke kisah antara FATAH dan HAMAS di Palestine ? bila la agak-agaknya nak habis………. Menarik juga kisah ni..
Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisab…. Teringat kata-kata sahabat saya Arip, ketika pembentangan dalam kelas tutorial dakwah, beberapa minggu yang lepas. Ya, muhasabah sangat penting dalam kehidupan setiap manusia. Muhasabah diri, muhasabah program, muhasabah segala-galanya… wajib setiap manusia itu muhasabah diri setiap hari, sebelum tidur…. Moga2 kita boleh perbetulkan mana yang silap keesokan harinya. Muhasabah program bila tamatnya program tersebut. Mana mungkin setiap program yang di anjurkan tiada salah silapnya yang perlu di perelokkan. Jangan biarkan EGO bermaharajalela dan nafsu di letakkan di hadapan maka hilanglah nilai kemanusiaan tersebut. Fikir-fkirkan untuk renungan bersama khususnya untuk diri yang dhoif lagi kerdil ini……


Cukup la rasanya dulu…. Lip-lap-lip-lap dah semester khatam pun sudah, ulangan plak otw….esok dah majlis khatam.. dah nak keluar rupanya aku (katanya hati kecil ini )
Terima kasih fakhrur n smua crew of hizzz di atas pertanyaan…… bila nak update blog ? nah ni dah update…

Siap kul 6.22 ptg 30/1/09
Di MRSM KKB

About This Blog

Lorem Ipsum

  © putra_dz@yahoo.com blogger www.duwe.blogspot.com 2009

KEMBALI