Zon baru bermula.
Selepas menghadapi ujian temuduga dan pelbagai saringan selepas sebulan ( dalam bulan 12 tahun 1999 ) keluarlah nama dan secara tidak langsung aku akan bergelar pelajar Maahad Muhammadi Lelaki. Rumah kat Jerteh Besut, TRG, Nampak gayanya kena dok asarama la aku. Macam mana yea, waaaaa, macam mana la suasana dok asrama. Masa itu aku tidak mengenali apa itu PAS dan apa itu BN….16 Januari 2000
Hari pendaftaran
Seram-sejuk, gerun, dan ternanti-nanti apa yang akan berlaku selepas ini. Suasana ketika itu agak sesak dengan para pelajar baru yang hadir untuk mendaftar. Aku pun salah seorang pelajar baru yang akan mendaftar. Ramainya pelajar, kenapa boleh ramai sampai macam ni ? berfikir sambil duduk dibawah pokok tanjung di hadapan masjid islah yang merendang. Debaran terasa, mungkin ini perkara biasa yang berlaku kepada semua pelajar baru. Dunia sekolah rendah mula bergerak jauh kebelakang. Bermulanya saat ini, selepas pendaftaran nanti maka sahlah aku sebagai salah seorang pelajar Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Lelaki. Masa berjalan, memori baru sentiasa terukir terpatri terlukis dan berlalu menjadi sejarah. Liku-liku hidup mesti ditempuhi dengan penuh sarat dengan matlamat.
Waa, bangunan baru. Kebetulan tahun 2000 asrama baru siap mengantikan rumah sewa pelajar yang berselerak di sekitar Pengkalan Chepa. Bila asrama siap, semua diarah masuk keasrama baru itu. Bermulalah kehidupanku di asrama. Sebelum meninggalkanku di tempat baru itu, sempat ayah mengambil benih pokok Tanjung. Waktu itu buah tanjung yang masak jatuh ke tanah dan bercambah. Rendang juga pokok ni, kalau tanam depan rumah OK juga. Selepas hari itu aku mula di tarbiyah di Maahad Muhammadi meneroka mencari makna hidup yang luas. Penat juga mula-mula belajar, mana yang tak letihnya dekat 20 matapelajaran kena habiskan untuk kelas sofful awwal I’dadi atau kelas peralihan sebelum masuk ke tingkatan satu.
Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Smu ( A ) Maahad Muhammadi Lelaki
Cukup dulu cerita apa2 ntah……
hidup tidak seorang, berjuang bersama menggapai REDHA Ilahi
No comments:
Post a Comment