Saturday, June 27, 2009

Sukan Pasti Kebangsaan

SUKAN PASTI KEBANGSAAN DI UNISEL BESTARI JAYA


Hari pembukaan Sukan Pasti Kebangsaan
Penekanan yang seimbang di antara jasmani dan rohani harus dilakukan untuk melahirkan generasi Al-Fateh yang hebat


pasukan bola sepak Perak


skuad kuning kental dan bertenaga


Berbaris untuk masuk ke padang sebelum sesi perasmian di mulakan


Generasi pemimpin negara akan datang. Jika rosak anak muda zaman sekarang maka nantikanlah kehancuran negara untuk masa akan datang....... apa tugas kita ?? hanya sekadar melihat atau mengkritik ?? SEDARLAH WAHAI KHALIFAH ALLAH DENGAN TUGAS YANG BERAT TERPIKUL DI BAHU INI
" adakah agama akan merosot sedangkan aku masih hidup??"

To warga AQRAB group's

Salam ukhwah kepada sahabat semester AQRAB. Dok buat apa sekarang ni ? nampaknya ramai yang bekerja sementara menunggu untuk meyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada semua kerana sehingga kehari ini masih lagi kemas tesimpul rapi ikatan akidah iman dan islam yang kita anuti. Itulah nikmat yang tebesar dan patut disyukuri. Jagalah iman dan islam dengan sebaik mungkin sebab kita sebagai seorang penghafaz ql-Quran. Generasi al-Quran yang unik kreatif dan kritis dalam berfikir dan amanah dalam melaksanakan geak kerja. Bukan hendak berceloteh panjang tapi sekadar untuk memperingati antara satu sama lain sebab kesedaran kita sebaga seorang insan yang serba kekurangan ini.

Di sini ada sedikit makluman dari pihak SMUTEM DQ bahagian BAITUL MAL. Diminta kepada mana-mana sahabat AQRAB yang belum mendapatan borang untuk berhubung dengan saudara Muhammad Redzwan Bin Abdul Aziz di talian 0132002178 secepat yang mungkin memandangkan tarikh tutup semakin hampir. Kepada yang masih belum menghantar borang pula diminta untuk menghantar dengan kadar segera ke SMUTEM DQ. Permasalahan yang timbul boleh menyebabkan kesukaran kepada semua pihak dan juga kelambatan untuk mendapatkan duit baitul mal tersebut. CEPAT-CEPAT-CEPAT-CEPAT

"Berkhidmat untuk agama Allah"

Sunday, June 14, 2009

cerita ( 1 )

Salam juang kepada semua sahabat-sahabiah dan semua adik-beradik seAKIDAH. Terasa lama tidak menconteng di laman blog ini. Diri ini masih lagi hidup di atas muka bumi ini sebagai hamba, mengembara mencari REDHA Ilahi, kekadang ada juga terasa hendak pitam tergelincir dari jalan ini. Namun dengan kekuatan yang ada ku gagahi jua mengharungi lembah-lembah kehidupan. Tidak lupa juga kepada geng di Darul Quran, Usrah HizZBUlL@h, adik-adik di Maahad Muhammadi Lelaki, Jilul Arifin dan Jil-jil yang lain dan juga komuniti terbesar AMAL ( alumni maahad muhammadi ) yang sentiasa menjadi Inspirasi hidup. Peristiwa semalam mengingatkan aku pada kenangan silam yang lama. Tatkala itu aku tidak menyangka sama sekali untuk bahawa aku akan bersekolah di Maahad Muhammadi Lelaki sehinggalah Pak sedaraku yang belajar di Kelantan waktu itu bertanya “ we x se ngaji di maahad ke ?” Maahad…..ape tu ? perkataan itu bermain di benak fikiranku. Lama la juga, akhirnya beli la sekeping borang.

Zon baru bermula.

Selepas menghadapi ujian temuduga dan pelbagai saringan selepas sebulan ( dalam bulan 12 tahun 1999 ) keluarlah nama dan secara tidak langsung aku akan bergelar pelajar Maahad Muhammadi Lelaki. Rumah kat Jerteh Besut, TRG, Nampak gayanya kena dok asarama la aku. Macam mana yea, waaaaa, macam mana la suasana dok asrama. Masa itu aku tidak mengenali apa itu PAS dan apa itu BN….16 Januari 2000
Hari pendaftaran
Seram-sejuk, gerun, dan ternanti-nanti apa yang akan berlaku selepas ini. Suasana ketika itu agak sesak dengan para pelajar baru yang hadir untuk mendaftar. Aku pun salah seorang pelajar baru yang akan mendaftar. Ramainya pelajar, kenapa boleh ramai sampai macam ni ? berfikir sambil duduk dibawah pokok tanjung di hadapan masjid islah yang merendang. Debaran terasa, mungkin ini perkara biasa yang berlaku kepada semua pelajar baru. Dunia sekolah rendah mula bergerak jauh kebelakang. Bermulanya saat ini, selepas pendaftaran nanti maka sahlah aku sebagai salah seorang pelajar Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Lelaki. Masa berjalan, memori baru sentiasa terukir terpatri terlukis dan berlalu menjadi sejarah. Liku-liku hidup mesti ditempuhi dengan penuh sarat dengan matlamat.


Waa, bangunan baru. Kebetulan tahun 2000 asrama baru siap mengantikan rumah sewa pelajar yang berselerak di sekitar Pengkalan Chepa. Bila asrama siap, semua diarah masuk keasrama baru itu. Bermulalah kehidupanku di asrama. Sebelum meninggalkanku di tempat baru itu, sempat ayah mengambil benih pokok Tanjung. Waktu itu buah tanjung yang masak jatuh ke tanah dan bercambah. Rendang juga pokok ni, kalau tanam depan rumah OK juga. Selepas hari itu aku mula di tarbiyah di Maahad Muhammadi meneroka mencari makna hidup yang luas. Penat juga mula-mula belajar, mana yang tak letihnya dekat 20 matapelajaran kena habiskan untuk kelas sofful awwal I’dadi atau kelas peralihan sebelum masuk ke tingkatan satu.


Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Smu ( A ) Maahad Muhammadi Lelaki

Cukup dulu cerita apa2 ntah……
hidup tidak seorang, berjuang bersama menggapai REDHA Ilahi

Sunday, June 7, 2009

cerita semalam....

Aku masih lagi di Besut, terasa berat juga meninggalkan sahabaat-sahabat di SMUTE DQ buat sementara ni. InsyaAllah minggu depan aku akan ke DQ untuk menghabiskan kerja-kerja terakhir sebelum pergi untuk menyambung pelajaran. Terasa juga hati ini rindu untuk bertemu ahli usrah yang kekadang tu ada juga yang menghantar sms.Nantilah mingu depan kita jumpa. Teringat cerita semalam, telemovie cerita Tragedi Bukit Kepong di tayangka sekali lagi,tak taulah untuk yang ke berapa kali. Mungkin untuk mengingatkan kembali rakyat Malaysia mengenai sejarah..Atau ada masej tertentu di sebaliknya. Sejak sebulan kebelakangan ini juga nama Chin Peng famus di dada akhbar. Rata-rata menyatakan TIDAK bersetuju untuk membawa balik Chin Peng ke Malaysia. Entah la....Sejara, oh sejarah tetap akan jadi sejarah. Sejarah menyedarkan kita mengenai asal-usul kita, sejarah juga untuk mengenang para pejuang yang gugur SYAHEED di medan perang suatu ketika dahulu. Rakyat Malaysia perlu tahu mengenai sejarah asal-usul manusia, sejarah peradaban dunia ISLAM. Sejarah pejuang-pejuang ISLAM. Perlunya media juga menyiarkan tentang kehebatan strategi Sultan Muhammad Al-Fateh yang tidak terkalah untuk membuka Kota Konstantinopel, Salehuddin Al-Ayyubi dan banyak lagi. Mereka-mereka inilah yang wajar menjadi ikon anak muda untuk merubah dunia bukan dimomokkan anak-anak muda sekarang dengan filem-filem yang boleh membangkitkan kemarahan anak muda dengan membuta tuli. Para pemuda ISLAM perlu bersatu, mengembalikan semula ketamadunan ummah yang telah hilang......

Umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Ummat islam sentiasa boleh
Ummat islam sentiasa boleh ( 2x )
Ummat islam zaman lampau taat perintah rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat ( 2x )

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
Ummat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jgn buanag masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Ummat islam sentiasa boleh
Ummat islam sentiasa boleh
Wawasan diri penuhi dada dgn ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah sentiasa mengharap keredhaan Allah
Kuat usaha jujur dan amanah sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Akidah ibadah harus sempurna ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama warisan ambiya pegangan mereka harus diikut ajaran sesat wajib hindari
Ulama warisan ambiya pegangan mereka harus diikut ajaran sesat wajib hindari
Umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jgn buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Ummat islam sentiasa boleh
Ummat islam sentiasa boleh

About This Blog

Lorem Ipsum

  © putra_dz@yahoo.com blogger www.duwe.blogspot.com 2009

KEMBALI