Monday, May 25, 2009

Saturday, May 16, 2009



Kereta kancil yang dipandu oleh ibu bapaku....mersing,

10 MEI 2009

Teruk juga kereta kancil ni. Kereta yang dalam longkang ni lagi la teruk. Tiada siapa yang sangka penumpang dan pemandu kereta yang berada di dalam longkang itu masih bernafas dan masih sihat lagi sehingga ke hari ini. Kereta kancil milik mak yang kemalangan pada 9 hari yang lepas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ( kata sebuah akhbar berbahasa China ). Aku bersyukur kerana kedua orang tua ku selamat dan tidak cedera hanya kancil tunggangan yang menjadi mangsa. Kesian si Kancil putih.


Ni la kereta yang bertembung dengan kereta kancil.

Thursday, May 7, 2009

Arked Maxtor 320 gig.

Potret-potret ini masih banyak lagi dalam arked photo Maxtor hijau 320 gig ini. InsyaAllah kalau diiznkanNya akan saya uploadkan kesemuanya.
Teringat kembali kenangan lama tatkala melihat foto-foto lama. Mengimbau seribu satu kenangan yang pasti tidak akan dilupakan sehingga mati.Andai kata terlihat atau terserempak bolehlah kiranya orang dalam gambar ini menghubungi hamba. Ni mailnya putra_dz@yahoo.com.Pastinya masing-masing sibuk dengan pengajian atau dah ada yang bekerja atau dah kahwin ???...

Ntah kemana budak-budak ini sekarang. Hilang tanpa jejak, hanya bebrapa orang sahaja yang dapat dihubungi yang lain masih dalam pencarian. Moga suatu hari nanti kita dapat ketemu dan masih istiqamah dalam medan perjuangan.

Dalam kenangan, papan putih tempat menggarap gerak kerja Lajnah penerbitan dan multimedia BALKIS. Taun 2004 form 4 di Smu ( A ) Maahad Muhammadi Lelaki Pengkalan Chepa.
Program bersama adik-adik usrah MML.
Sape yea budak 2 orang ni ? Nampak MACAM sedang sibuk je buat keje. Orang kat tepi pn x perasan

Sunday, May 3, 2009

kembali bernyawa......

Akhirnya aku bernyawa di alam nyata setelah melalui beberapa tahap pembentukan embrio didalam rahim ibu. Darimana asalku ? Aku berasal dari air mani yang hina. Dalam Al-Quran disebut nutfah. Istilah ini member tiga maksud yang berlainan iaitu nutfah lelaki, nutfah perempuan dan percampuran diantara keduanya menghasilkan nutfah Amsyaj iaitu air mani yang bercampur……
Punyalah payah untuk menjadikan seorang manusia ya. Bukan senang… sapa agak2 yang bleh buat manusia ? bermula dari proses yang paling rumit, bermula dari air yang hina sehinggalah Allah berikan kita pangkat seorang hamba dan seorang khalifah di atas muka bumi ini. Dulu kita tiada harta dan tiada apa2 tapi tengoklah bila kita besar Allah bagi segala-galanya. Kita mati diberikan ruhi, kita lemah diberikan jasad, kita bodoh diberikan akal….. Ya Allah banyaknya nikmat yang telah engkau berikan, akan tetapi aku alpa untuk mensyukurinya….bantulah hambaMu yang lemah ini dalam mengharungi lembah-lembah dunaiwi. “Ingatlah kepadaku nescaya Aku ingat kepadamu” al-baqarah ayat 152. Imam Hasan al-Basri menyebut berkaitan ayat ini, “Allah mengingati ( dengan rahmatnya )mereka yang mengingatinya. Allah menambah ( nikmat ) kepada mereka yang bersyukur dan Allah menimpakan azab kepada mereka yang kufur”

About This Blog

Lorem Ipsum

  © putra_dz@yahoo.com blogger www.duwe.blogspot.com 2009

KEMBALI